,
Lifestyle

Plug-In: Suunto 9 Direka Dengan Ketahanan Bateri 120 Jam! Khusus Untuk 'Fitness Junkie'

Hanafis Haris
30/11/2018
09:17 MYT
Bagi sesetengah daripada kita, jenama Suunto mungkin agak jarang kedengaran. Namun bagi mereka yang aktif bersukan atau 'fitness junkie' jenama ini sudah semestinya berada dalam senarai gajet sukan mereka.
Berita baik, kali ini Suunto hadir dengan jam kecerdasan terbaru mereka iaitu Suunto 9. Masih mengekalkan ciri klasik model terdahulu, Suunto 9 nampaknya tampil dengan ciri dan fungsi baharu yang lebih meyakinkan.
Persoalannya, adakah ia mampu memuaskan golongan fitness ini? Ikuti ulasan Plug-in!

REKAAN RUGGED YANG LASAK

Melihat rekaan jam ini saja sudah mengingatkan kita kepada jam konvensional yang agak rugged. Suunto 9 bagi saya lebih seimbang dari segi rekaannya. Namun begitu dimensi jam tangan ini berkemungkinan agak besar bagi sesetengah individu terutamanya wanita.
Bagi model review unit ini, saya menggunakan varian warna putih. Sedikit sentuhan aluminium pada bezel skrin membuatkan jam ini tampak agak moden.
Material pula terasa premium dan paling penting ia tidak menyebabkan tangan anda tidak selesa jika terlalu berpeluh.

SKRIN BAGUS UNTUK AKTIVITI OUTDOOR

Antara perkara utama dalam membeli peranti pintar kecergasan adalah kualiti skrin. Ada yang suka berwarna dan tidak kurang juga lebih selesa menggunakan hanya hitam putih untuk ketahanan bateri lebih lama.
Bagi Suunto 9, ia memiliki skrin berwarna sebesar 320 x 300. Kualiti panel pada Suunto ini tidak akan membuatkan ada kagum, namun kehebatannya terserlah jika dilihat di bawah cahaya terik. Cukup terang untuk anda melihat teks dan maklumat pada jam.
Bagaimanapun, anda perlu melaraskan tahap keterangan jam mengikut keselesaan mata anda.
Jika ditanya soal kekurangan, mungkin panel ini bagi saya tidak menghasilan warna hitam yang jitu seperti panel OLED.

BATERI HINGGA 120 JAM!

Penggunaan GPS tanpa mengurangkan bateri. Menurut Suunto, jam kecederdasan ini mampu bertahan sekitar 25 jam hingga 120 jam tempoh merekod menggunakan pengesan GPS. Terdapat tiga mode termasuk Performance, Endurance dan Ultra.
Secara jujurnya saya bukanlah jenis yang aktif bersukan yang kerap mengikuti acara larian, namun sepanjang menggunakan jam ini ketahanan baterinya amat mengagumkan. Dalam tempoh lima hari pun bateri masih kekal bertahan.
Sunnto 9 sememangnya direka untuk pengunaan dan latihan yang panjang. Ia bagus untuk atlet terutama pada yang kerap mengembara, pelari (ultra trail, ultrafond) atau triathletes.

PANTAU AKTIVITI SUKAN ANDA

Suunto 9 tampil dengan 80 mod sukan berbeza. Namun apa yang lebih penting, teknologi Suunto FusedTrack membolehkan jam ini mengesan larian anda dengan lebih tepat.
Fungsi ini menggabungkan teknologi GPS dan pengesan pergerakan bagi penjimatan bateri yang lebih lama. Bagi memudahkan anda, terdapat juga aplikasi Suunto bagi mengumpulkan segala data senaman anda.
Anda boleh lihat penggunaan aplikasi Suunto ini di bawah.
Jadi Suunto 9 ini sebenarnya untuk siapa?
Jika anda seorang yang aktif bersukan dan kerap menyertai perlumbaan marathon atau apa saja berkaitan dengan larian, maka jam ini semestinya untuk anda. Tidak perlu kerap untuk memikirkan bila bateri jam ini akan habis kerana ketahanannya boleh dikatakan agak luar biasa.
Selain itu, bagi mereka yang bukan dari kategori di atas juga sebenarnya sesuai untuk menggunakan jam tangan ini. Bagi jika anda mempunyai jam sebegini, secara tidak langsung memberi semangat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat!
Bagi kaum wanita pula, saya nasihatkan supaya cuba jam ini terlebih dahulu kerana saiznya kelihatan agak besar.
Suunto kini dijual dengan harga promosi RM2699 dengan dua variasi warna iaitu hitam dan putih.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Indonesia Haramkan Penjualan iPhone 16

gempak
29/10/2024
11:30 MYT
Pengguna barangan jenama Apple terutama yang sudah lama menantikan ‘kelahiran’ iPhone 16 di Indonesia nampaknya terpaksa melupakan hasrat memiliki gajet terkini itu.
Viral

Kecoh Budak Didakwa Bawa iPad Pada 1941

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Kecoh baru-baru ini apabila timbul dakwaan kewujudan komputer riba keluaran syarikat Apple, iPad, pada tahun 1941 gara-gara sekeping gambar hitam putih.
Laman Utama

Telefon Pintar Paling Canggih? Ini Desas Desus Ciri Terbaru iPhone 15! Paling Tak Sangka…

gempak
16/02/2023
05:56 MYT
Fuh!
Laman Utama

Unbeatable! Sudahlah Murah, OPPO A95 Lagi Boleh Tambah 5GB RAM? Ganjaran Pun Banyak Kalau Tempah Awal!

gempak
18/11/2021
05:40 MYT
Ini antara sebab mengapa anda perlu dapatkan OPPO A95!
gaya hidup

Kita Sangka Anak SELAMAT Dirumah, TAPI... Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Kena Pantau Apa Yang Anak Tengok Di Internet.

gempak
29/09/2021
09:50 MYT
Kita rasa lega lihat anak depan mata. Namun hakikatnya, sejauh mana kita peka dan cakna apa kandungan yang mereka tonton di internet?
Unitar