LIFESTYLE
Puluhan Dinosaur Berkumpul Di KOMTAR
Jika anda meminati filem Jurassic Park ataupun ingin melihat haiwan prasejarah secara lebih dekat, peluang keemasan itu boleh menjadi kenyataan dan tidak perlu bebelanja beribu-ribu ringgit sehingga ke luar negara kerana segalanya ada di negara kita sendiri.
Pusat Penyelidikan Jurassic yang kini antara tarikan terbaru buat pengunjung di Pulau Pinang dan lokasi yang terletak di Ras 5, The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) mengamit kehadiran pengunjung tidak kira sama ada warga tempatan dan juga luar negara. Pengalaman berada di sini sememangnya cukup menyeronokkan dan mempersonakan kerana ia lain daripada lain biarpun dinosaur itu hanya replika dan hanya menggerakkan kepala, ekor, kaki, tangan dan bebola mata ia cukup mempersonakan.

Sebuah makmal menempatkan dinosaur jenis Stegosaurus yang sedang diuji seorang penyelidik memberikan pengalaman realistik pada pengunjung. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Di sini pelbagai jenis dinosaur dipamerkan termasuk Spinasourus, T-Rex, Pterodactyl, Brachiosaurus, Iguanodon, Spinosaurus, Coelopysis, Compsognathus, Stegosaurus, Velociraptor, Tyrannosaurus dan Protoceratops. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa bahagian iaitu ruang pameran replika mengenai sejarah penemuan rangka dan informasi malah sejarah purbakala mengenai aktiviti cari gali, tapak ekskavasi tulang dan rangka dinosaur juga disediakan dan serba lengkap.
Pusat Penyelidikan Jurassic kini antara tarikan terbaru buat pengunjung di Pulau Pinang. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Terdapat juga makmal menempatkan dinosaur jenis Stegosaurus yang sedang diuji seorang penyelidik dan ruang itu mampu memberikan pengalaman realistik seolah-olah berada di dalam makmal kajian. Lebih menyeronokkan lagi terdapat juga sebuah laman yang menempatkan puluhan replika dinosaur realistik bersaiz sebenar yang pernah menghuni bumi lebih 243 juta tahun lalu dengan laluan berpagar supaya pengunjung tidak ‘diserang’ dinosaur berkenaan.
Sebuah laman yang menempatkan puluhan replika dinosaur realistik bersaiz sebenar juga dibina. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Bagi mereka yang ingin melihat sendiri keunikan itu, pusat tarikan pelancong ini dibuka setiap hari bermula 10 pagi sehingga 7 malam dan bayaran masuk adalah sebanyak RM58 untuk dewasa manakala RM48 untuk kanak-kanak dikenakan.
Must-Watch Video