Cinta menang! Puteri Jepun, Ayako, memilih rakyat biasa, Kei Moriya sebagai suami sekaligus melepaskan taraf kerabat dirajanya.

Puteri Ayako, 28 tahun, berkahwin dengan Moriya, 32, seorang kakitangan syarikat perkapalan Nippon Yusen dan memilih untuk hidup seperti orang biasa.

Ayako dan Moriya.

Menurut laporan Reuters, majlis perkahwinan mereka diadakan secara tradisional bertempat di Kuil Meiji, Tokyo.

Ayako anggun mengenakan kimono berlapis-lapis ditatarias gaya rambut bangsawan manakala pengantin lelaki memakai tuksedo hitam dengan seluar kelabu untuk upacara di kuil bagi menghormati semangat moyangnya, Maharaja Meiji.

Kimono tradisional cantik.

Ayako merupakan puteri bongsu kepada Putera Takamado dan Puteri Hisako. Maharaja Akihito menjadi Putera Mahkota pertama berkahwin dengan orang biasa, iaitu Maharani Michiko.

Keluarga diraja Jepun diberi kebebasan untuk berkahwin dengan sesiapa saja untuk sekurang-kurangnya tiga generasi. Beliau akan dikenali dengan nama Ayako Moriya selepas berkahwin.