Pernah tak anda terfikir sekiranya baju anda terbakar, apakah yang perlu dilakukan?

Hakikatnya di Amerika, mereka sebenarnya telah menjalankan program 'Learn Not To Get Burnt' di peringkat sekolah tadika sejak 40 tahun yang dulu. Namun di Malaysia kesedaran itu agak kurang dipraktikkan.

Menurut Astro Awani, ini antara 4 perkara yang anda perlu lakukan sekiranya disambar api.

#1 BERHENTI

via GIPHY


Walau dimana anda berada, jangan sesekali berlari. Ini kerana ia boleh menyebabkan api menjadi semakin marak.

#2 BARING

via GIPHY


Jika baju telah disambar api, tindakan pertama perlu dilakukan adalah rebahkan badan ke tanah.

Fungsinya? Ia penting untuk melambatkan pergerakan api.

#3 BERGULING

via GIPHY


Sebaik anda baring, apa yang anda perlu lakukan adalah menguling-gulingkan badan ke kiri dan kanan. Ia akan mengurangkan bekalan oksigen kepada api tersebut seterusnya dapat memadamkan api.

#4 SEJUKKAN

via GIPHY


Jika anda punca air, sejukkan bahagian terbakar dengan air yang mengalir. Air sejuk yang mengalir seperti air mineral dapat menyejukkan bahagian terbakar.