LIFESTYLE

Rambut Pendek Juga Boleh Buat Anda Tampak Feminin Dan Seksi - Tiru Gaya Rambut 5 Selebriti Ini

Azwa Rahman 09/10/2017 | 08:47 MYT
Rambut merupakan antara bahagian terpenting bagi setiap wanita tidak kira yang tidak berhijab mahupun berhijab. Terlalu lama dengan sesuatu gaya rambut juga boleh memdatangkan jemu. Pernahkah anda mahu mencuba untuk berambut pendek ala-ala lelaki tetapi tak yakin dan takut anda terlihat maskulin? Rambut pendek seperti ini juga ada sisi feminin dan seksinya. Selain penjagaannya yang mudah dan tidak merimaskan, rambut pendek ini boleh 'memudakan' wajah anda. Tak percaya? Semak lima gaya selebriti ini dengan potongan rambut pendek yang menampakkan mereka lebih muda, segar dan lebih berkeyakinan.

1. Janna Nick

Gaya rambut ini sesuai dengan imej Janna Nick yang sedikit kasar namun wajah comelnya menjadi pujaan hati ramai jejaka. Wajah tirusnya memberikan ilusi hebat pada rambut. Gayakan rambut anda bersama pakaian yang sesuai atau warna-warna terang untuk kekal feminin.

2. Nad Zainal

Walaupun telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata, rambut pendek Nad ni buatkan wajahnya tetap muda seperti kebudak-budakan. Jika anda tidak yakin dengan potongan pixie cut yang terlalu pendek, anda boleh tiru gaya rambut Nad dengan potongan bob.

3. Agnes Monica

Cakap sahaja gaya rambut apa yang penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa ini tak pernah lakukan. Agnes tampak edgy dengan gaya rambut pixie ini. Mahu tambahkan kelainan, dia memilih warna blonde untuk memberi kesan fresh pada penampilannya.

4. Ozlynn Wati

Wajah Ozlynn ibarat ditarik 10 tahun dengan gaya rambut pixie ini. Kelihatan muda ditambah dengan kulit licinnya, isteri kepada pelawak nombor satu negara ini sentiasa tahu apa yang terbaik buat bentuk wajahnya. Rambut pendek memang sesuai dengan wajah Ozlynn.

5. Katy Perry

Walaupun gaya rambut pixie ini bukanlah pilihan dan kerelaan hatinya, penyanyi lagu Feels ini terpaksa mengorbankan rambutnya apabila rambutnya sedikit sebanyak telah rosak akibat terlalu banyak menggunakan pewarna rambut dan bahan kimia. Jadi jalan paling senang untuk mengurangkan masalah rambut gugur adalah, potong pendek!

#Fashion #Fashion