Lifestyle
Ratu Cantik Bertanding PRU14, Kenali Jo-Anna Sue Henley Rampas
Hari Penamaan Calon baru sahaja berlangsung minggu lalu dengan penuh meriahnya. Calon-calon dari pelbagai parti keluar dan mendapat sokongan sepenuhnya dari penyokong masing-masing.
Namun, ada seorang calon yang menarik perhatian kami. Dia adalah Jo-Anna Henley Rampas, seorang bekas ratu cantik yang terjun ke bidang politik dan sedia menggegarkan PRU14 bertanding di bawah kerusi parti Warisan mewakili N.11 Kiulu, Sabah. Apa yang menarik tentang gadis berusia 28 tahun ini?
1. Jo-Anna merupakan graduan dari University of London dalam jurusan Undang-Undang. Cantik dan bijak!
2. Menyertai pertandingan Unduk Ngadau (UN) semasa menunggu keputusan SPM. UN merupakan sebuah pertandingan ratu cantik Kadazan Dusun yang diadakan pada perayaan Pesta Kaamatan dan itu adalah pertandingan ratu cantik pertama dan terakhir yang disertainya
3. Biarpun ketika itu dia berbadan gempal dengan berat badan sebanyak 60kg, Jo-Anna tidak menyangka dia berjaya mendapat tempat pertama.
4. Dibesarkan di Kota Kinabalu, Kiulu dan Patagas, bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas merupakan bekas ADUN Kiulu.
5. Biarpun berwajah pan-asian dan mempunyai slang British, Jo-Anna cukup fasih berbahasa Dusun dan beberapa dialek Sabah.
6. Berbakat dalam bidang nyanyian, dia pernah menyertai Bintang RTM 2009 namun hanya berpuas hati dengan tempat naib juara apabila tumpas pada juara musim itu, Ernie Zakri.
7. Muda, bercita-cita tinggi dan bangga dengan asal-usulnya, Jo-Anna senang dan selesa bergaul dengan masyarakat setempat.
8. Pertama kali mendengar tentang Parti Warisan daripada pekerja yang membaiki bumbung rumahnya ketika itu, dari situlah Jo-Anna mendapat ilham untuk terjun ke bidang politik memandang Parti Warisan ketika itu sedang mencari ikon generasi muda.
9. Jo-Anna suka makan! Antara makanan kegemarannya adalah nasi bersama telur kuning.
10. Pernah berbadan gempal untuk seketika waktu, Jo-Anna mula ke gimnasium sehingga pernah menjadi pelatih kecergasan sewaktu melanjutkan pengajiannya di United Kingdom (UK). Dari situlah Jo-Anna mencari pendapatan sampingan dan minat terhadap kecergasan diri semakin bertambah.
11. Darah politik mengalir dalam dirinya apabila ibunya pernah menjadi calon bagi AKAR pada tahun 1994, bapa saudaranya pernah menjadi ADUN Kiulu pada tahun 1999 hingga 2013 dan datuknya juga merupakan ketua suku kaum yang meneroka Kiulu.
Sumber: The Coverage
Must-Watch Video