LIFESTYLE
Rebut Tiket Penerbangan Percuma AirAsia Selama Setahun Malam Ini
Anda mahukan penerbangan percuma selama setahun ke destinasi idaman? Rebut peluang ini kerana Syarikat kapal terbang tambang murah terkenal AirAsia akan memberikan tiket penerbangan percuma hari ini.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengikuti siaran langsung di laman Facebook page AirAsia bermula 8 malam hingga 9 malam ini dan jawab tiga soalan.

Siaran langsung ini turut disertai oleh Tan Sri Tony Fernandes, Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach, Neelofa dan Nabil Ahmad selaku hos. Pemenang akan diumumkan pada akhir siaran.
Selain tiket penerbangan percuma, barangan rasmi edisi khas AirAsia akan diberi kepada penonton ‘live’ Facebook malam ini dan anda juga boleh memenangi hadiah tandatangan khas dari bekas pemain bola sepak Brazil yang juga duta AirAsia, Roberto Carlos.
Semoga berjaya kepada semua kaki travel dan selamat memilih destinasi penerbangan yang best belaka!