Restoran hipster semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak hanya di Lembah Klang, Sabah juga tidak kurang hebatnya. Restoran yang semakin menjadi buah mulut orang sekarang adalah Restoran BW Bus atau lebih senang dipanggil Restoran Bas Biru yang terletak di Kundasang, Sabah.

Baru sahaja beroperasi.

Menurut pemiliknya, rasa sayang apabila melihat bas-bas terpakai di tempat besi buruk menjadi punca dia membuka Restoran Bas Biru ini. Baru dibuka pada 1 Julai yang lalu, restoran ini mengetengahkan makanan barat dan sihat sebagai menu utama.

Suasana dalam bas.

Terletak 10 minit dari pekan Kundasang, anda pasti dapat melihat restoran ini dari jauh kerana kedudukannya terletak di tepi jalan raya utama.

Anda boleh nampak sayup-sayup Gunung Kinabalu dari restoran ini,

Jadi kalau korang berkunjung ke Sabah dan berkesempatan melawat Kundasang, jangan lupa singgah Restoran BW Bus dan anda boleh nikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu dari tingkap bas. Jangan lupa ambil gambar OOTD di restoran ini, sememangnya instaworthy.