Golongan millennial kini semuanya mahu Instagram mereka serba hipster, cantik, unik dan paling penting tidak ketinggalan dengan trend terkini.

Oleh itu, jika anda ke restoran Crème De La Crème, mungkin ia umpama syurga buat anda kerana mereka menampilkan 18 pilihan jenis perisa aiskrim yang 'super unik'.

Antara perisa yang membuat kami terliur pada majlis bersama media semalam adalah Barley lime, Dragon Fruit Strawberry, Limau Assam, Madagascar Ash, Cerealicious, Cookies & Cream, Pandan Kaya Toast, dan banyak lagi.

Paling suka Limau Assam!
Terdapat juga juga perisa Musang King dan Teh Tarik yang lebih sinonim dengan selera Malaysia.

Selain daripada ais krim, Crème De La Crème juga menawarkan kek ais krim yang boleh dikatakan sangat artistik. Memang sesuailah untuk Instagram anda.

Antara yang menarik adalah Forest Log, Unicorn, Beauty & The Beast dan Bunny.

Siap dengan titisan air ya pada bunya aiskrim ini.
Artistik!
Untuk makluman, chef pastri di restoran ini dilatih oleh selebriti dan pakar pencuci mulut terkenal, Christy Tania. Oleh itu kualiti yang dihasilkan di sini amatlah baik.

Restoran ini dibuka pada 18 Mac ini dan terletak di 35G, Ground Floor, Jalan SS21/60 Damansara Utama.