Skip to main content

Market Trends

Rihanna Dilantik Duta Negara Barbados

fenty5.jpg

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty diberi mandat besar oleh negara asalnya, Barbados untuk menjadi duta.

Hey badgirlriri!

Selaku Duta Barbados, pemilik jenama kecantikan Fenty Beauty ini disarankan untuk mempromosikan pelaburan dan pelancongan negara itu.

 

Advertisement

Perdana Menteri Barbados, Mia Amor Mottley berkata, Rihanna dianugerahkan gelaran Duta Luar Biasa dan Wakil Penuh Kerajaan.

 Rihanna bersama wakil Barbados untuk anugerah yang diterimanya tak lama dahulu.

Rihanna menerusi satu kenyataannya berkata, “Saya amat berbangga untuk menerima gelaran berprestij dari negara asal saya. Setiap rakyat Barbados perlu memainkan peranan mereka dalam usaha terkini dan saya bersedia serta teruja mengambil tanggungjawab itu."

 

Rihanna, 30, membesar dalam keluarga bermasalah di Barbados serta menjadi terkenal selepas mengunjungi produser Amerika Syarikat (AS), Evan Rogers yang mengiktiraf bakatnya.

  Laku dengan produk Fenty Beauty.

Barbados merupakan sebuah kepulauan yang terletak di sempadan laut Carribean dan lautan Atlantik. Barbados sememang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia.

 

Beriklim tropika, antara tarikan yang menjadi tumpuan pelancong adalah Pantai Crane, Bathsheba, bandar Bridgetown dan Gua Harrison.

Must-Watch Video