Roger, seekor kanggaru yang popular kerana badannya yang berotot telah mati akibat penyakit arthritis.

Mula tular di internet sejak tahun 2015, Roger cukup dikenali dengan fizikalnya yang berketinggian 2 meter (m) serta mempunyai lengan tegap dan berurat.

Bye Roger :(

Roger diselamatkan daripada kantung ibunya yang telah mati oleh Pemilik tempat perlindungan Kangaroo di Alice Springs, Australia, Chris Barnes ketika ia masih kecil

Kanggaru itu juga diberi ruang di Northern Territory untuk membesar sebagai haiwan jantan 'alpha'. Roger gemar meremukkan baldi logam dengan tangannya hanya untuk bermain

Menerusi satu entri Barnes di Facebook, dia berkongsi berita kematian Roger. "Hari ini sangat menyedihkan kerana kami telah kehilangan haiwan yang cantik, Roger. Sepuluh tahun lalu, saya membina santuari ini sebagai rumah Roger dan beberapa ekor pasangannya, Ella dan Abigail", tulisnya.

Berita tentang kematian Roger turut ditangisi oleh pengguna media sosial yang sering mengikuti perkembangannya.