Setiap kali tibanya hari-hari perayaan penting di Malaysia, pasti muncul iklan-iklan kreatif bagi memeriahkan dan menaikkan mood sambutan.

Hal ini tidak terkecuali bagi perayaan Deepavali yang akan disambut oleh masyarakat Hindu pada minggu hadapan.

Diberi tajuk Kurumbu Kudumbam, iklan berdurasi 3 minit 40 saat ini mengisahkan seorang lelaki bernama Ramesh yang pertama kali menyambut Deepavali di rumah keluarga mentuanya.

Ramesh sambut Deepavali pertama kali bersama isteri.

Bertemakan kasih sayang keluarga, pelbagai kisah lucu, seram dan pelik dilaluinya namun itulah cara keluarga mentuanya mengusik Ramesh.

Mari kita saksikan gelagat Ramesh balik ke rumah mentuanya.

Baru sahaja disiarkan enam jam yang lalu, iklan ini telah mendapat hampir 40,000 tontonan dan 1,700 perkongsian di Facebook. Kami yakin ia bakal mencecah jutaan tontonan tak lama lagi.