Skip to main content

Market Trends

“Saya Tidak Layak” – Ashraf Muslim

ashraf-muslim-01.jpg

Kebahagian melayari kehidupan berumah tangga bersama dua isteri membuatkan Ashraf Muslim mensyukuri nikmat Ilahi yang dikurniakan biarpun awalnya dulu gelombang tetap datang bertandang.

Namun bagi pelakon terbabit, beliau enggan dianggap sebagai ikon poligami memandangkan dirinya juga masih dalam fasa memperbaiki diri serta bermuhasabah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Katanya, sebagai suami beliau perlu mendisiplinkan diri dan bijaksana mendepani kehidupan berkeluarga terutama membahagikan masa dalam semua aspek supaya seimbang dan berlaku adil.

"Apabila saya kata suami perlu bijaksana bukannya bererti perlu pandai menipu. Ia lebih kepada pandai membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan rakan-rakan. Sikap sabar antara kuncinya yang saya terapkan dalam rumah tangga.

Ketika sambutan harijadi anak mereka.

"Dalam rumah tangga semua orang tentu berdepan masalah, Cuma bagaimana cara kita menangani semua itu. Kita perlu perbaiki kesilapan selain berbalik kepada agama, Insya-Allah semuanya akan menjadi baik.

“Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. Tetapi untuk anggap saya sebagai ikon poligami adalah kurang sesuai. Saya tidak layak," katanya.

Membawa kedua-dua isteri ke ABPBH 3.0

Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah dan kemudian mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Menerusi kedua-dua perkahwinan berkenaan, dirinya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 3 tahun, Anas Ashraf (setahun lapan bulan) dan Adam Ashraf (setahun enam bulan).

Sentiasa bergurau mesra.

Pada masa sama, pelakon dan ahli perniagaan berusia 35 tahun itu sentiasa menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rujukan dalam kehidupan seharian supaya rumah tangganya terus rukun.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video