LIFESTYLE
Sekat Selera Dengan 8 Makanan Ini
Tahukah anda dengan hanya memberus gigi, berkumur dengan cecair pencuci mulut boleh menghilangkan keinginan terhadap makanan manis? Terdapat pelbagai cara untuk menghentikan tabiat pemakanan kurang sihat. Paling penting, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pastikan juga anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari.
1) Gula Getah
Otak membayangkan kesedapan pastri dan coklat tetapi anda baru sahaja menghabiskan sepinggan nasi. Atasinya dengan mengunyah gula getah perisa asli sehingga hilang keinginan terhadap makanan manis.

Gambar: meedys.my
2) Air
Air bukan sahaja baik untuk memaksimumkan kehilangan lemak tubuh dan memperbaiki kesihatan, tetapi mampu menghentikan keinginan anda pada makanan tertentu. Kebanyakan masa badan kita sukar membezakan antara hidrasi atau rasa lapar. Hanya segelas air sudah memadai untuk menghilangkan keinginan.

Gambar: greatlifeandmore.com
3) Kekacang
Segenggam kacang almond kaya dengan sumber aktioksidan, vitamin E dan magnesium. Badam juga mampu membuatkan rasa kenyang dan membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Gambar: grapplergourmet.com
4) Kopi dan Teh
Rasa kopi pekat dan aromanya mampu menarik tumpuan dan menghilangkan keinginan pada makanan tertentu. Begitu juga dengan teh terutama green tea dan peppermint tea.

Gambar: theodysseyonline.com
5) Pudina
Pudina mempunyai rasa dan aroma yang kuat mampu menyekat keinginan. Setiap kali teringin kepada sesuatu makanan, atasinya dengan menghirup secangkir teh pudina, mengunyah gula getah pudina atau berus gigi dengan ubat gigi perisa pudina. Langkah mudah ini mampu menyekat pertambahan kalori tubuh.

Gambar: discoverykids.com
6) Halia
Terkenal dengan kemampuan mencernakan makanan dan membuang angin, halia sering menjadi pilihan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Halia juga mampu meningkatkan penghadaman sekaligus membuatkan anda kurang berasa lapar.

Gambar: well-beingsecrets.com
7) Epal
Must-Watch Video