Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LIFESTYLE

Selamat Tinggal Piala Dunia 2018, Jumpa Di Qatar Tahun 2022

Azwa Rahman 16/07/2018 | 05:51 MYT
FIFA secara rasmi telah menetapkan Piala Dunia 2022 akan diadakan di Qatar pada 21 November hingga 18 Disember 2022, iaitu pada musim sejuk.

Jumpa di Qatar!
Presiden Rusia, Vladimir Putin, Pemerintah Tertinggi Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani dan Presiden FIFA, Gianni Infantino bersama-sama menjayakan majlis serah tugas tuan rumah Piala Dunia daripada Rusia kepada Qatar.

Bola rasmi Piala Dunia, Adidas Telstar Mechta diserahkan sebagai simbolik penyerahan tugas tuan rumah yang diadakan di Georgievsky Hall, Grand Kremlin Palace.

Simbolik penyerahan tugas tuan rumah Piala Dunia.
Kejohanan bola sepak terbesar dunia yang diadakan empat tahun sekali ini selalunya diadakan pada bulan Jun dan Julai mengikut kalender musim panas kejohanan liga Eropah.

Keputusan untuk mengadakan kejohanan ini pada musim sejuk itu berikutan laporan cuaca di Qatar yang suhunya boleh mencecah sehingga 41 darjah celsius pada bulan Jun dan Julai.

Selain penetapan tarikh yang dilihat janggal, Gianni Infantino turut mengumumkan kemungkinan penambahan negara yang sebelum ini 32 negara kepada 48 negara pada Piala Dunia 2022.

Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
Qatar sendiri telah meminta untuk menetapkan jumlah penyertaan sebanyak 32 negara sahaja kerana penambahan negara boleh menambahkan jumlah lokasi pertandingan.

Selamat tinggal Rusia, jumpa lagi tahun 2022 di Qatar!

#World Cup #World Cup