Lifestyle

Selepas 51 Tahun, Pasar Payang Bakal Dirobohkan

Azwa Rahman
04/03/2019
06:41 MYT
Sponsor Banner
Selepas 51 Tahun, Pasar Payang Bakal Dirobohkan
Kalau anda dah pernah sampai Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang antara destinasi wajib singgah untuk membeli-belah. Apatah lagi kalau anak jati Terengganu pasti kenal benar dengan pasar tumpuan umum ini.
Selepas beroperasi hampir 51 tahun, kini bangunan Pasar Payang bakal dikosongkan dan dirobohkan untuk tujuan pembangunan semula. Pintu masuk Pasar Payang
Pasar yang menjadi tapak mencari rezeki bagi lebih 1,000 peniaga itu diberikan nafas baharu iaitu sebuah premis pasar yang lebih moden, selesa dan mesra pengunjung. 'Pasar Payang 2' ini dijangka akan siap pada tahun 2021.
Tapi jangan risau, anda masih boleh membeli barangan keperluan di sini kerana peniaga-peniaga ini masih beroperasi seperti biasa.
Kesemua peniaga telah pun diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan lain, yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, kerja-kerja pembinaan semula akan bermula bulan April depan. Antara produk paling laris, batik Terengganu.
Menurut Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, nasib peniaga asal Pasar Payang akan terus terbela dan diberi keutamaan apabila bangunan baharu siap kelak.
Pasar Payang beroperasi seawal 7 pagi hingga 6 petang ini menjadi tumpuan mereka yang ingin mendapatkan pelbagai produk popular Terengganu seperti makanan, kain batik, sutera dan sebagainya. Wajib beli serunding.
Dengan adanya bangunan baru kelak, diharapkan Pasar Payang tetap meriah dan mengembalikan kegemilangan produk tempatan Terengganu. Rupa Pasar Payang baru?
Adakah ini rupa baru Pasar Payang baru? Sama-sama kita nantikan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024