Lifestyle

Selepas TMJ Pandu Kereta Kancil, Sultan Johor Pula Pandu Kereta Api

Azwa Rahman
27/11/2018
04:49 MYT
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memulakan jelajah hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018 dengan memandu kereta api khas lokomotif 'Blue Tiger'.
Perjalanan sejauh 98 kilometer ini bermula dari Stesen Keretapi Kluang menuju ke Stesen Keretapi Segamat. Kembara Mahkota Johor 2018.
Sebelum bermula, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa bersantap pagi bersama warga kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.
Hari kedua KMJ 2018 menyaksikan perjalanan rombongan diketuai Sultan Ibrahim sejauh 305 kilometer bermula dari Kluang ke destinasi terakhir di Batu Pahat. Sultan berjiwa rakyat.
Perjalanan bermula di Stesen Keretapi Kluang ke stesen Segamat disusuli Padang Awam Batu Anam yang menyaksikan Sultan Ibrahim akan memandu kereta beroda tiga Morgan.
Sultan Johor kemudian akan ke Dataran Pulau Penarek Sungai Mati, Tangkak disusuli dengan Kompleks Sukan Pagoh di Muar sebelum menuju destinasi persinggahan terakhir bagi hari kedua iaitu Padang Awam Tongkang Pechah, Batu Pahat.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

gempak
25/07/2024
17:55 MYT
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.