Setelah berkolaborasi dengan empayar fesyen terkemuka dunia seperti Alexander Wang, Versace, Kenzo dan Isabel Marant begitu hangat, jenama fesyen antarabangsa, H&M hari ini mengumumkan akan bekerjasama dengan sebuah lagi jenama fesyen terkenal British iaitu ERDEM.
Bagi H&M, Erdem akan menghasilkan satu koleksi baru buat wanita dan buat julung kalinya, koleksi bagi pakaian lelaki. Beliau percaya bahawa setiap koleksinya ada tersirat makna kecantikan, membawa anda meneroka masa lampau serta bersifat peribadi. Menerusi teaser filem oleh pengarah dan produser terkenal, Baz Luhrmann ini, jangkakan satu koleksi indah sarat floral, romantik dan perincian yang kemas.
ERDEM x H&M akan mula berada di pasaran dan juga secara online bermula 2 November ini.