Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LIFESTYLE

Sephora Lancar Aplikasi Telefon Pintar Untuk Anda Beli Alat Solek Pada Bila-Bila Masa Sahaja

Azwa Rahman 04/04/2017 | 03:00 MYT

Jenama alat solek terkemuka dunia, Sephora kini boleh didapati secara online menerusi aplikasi terbaharu mereka, Sephora – Beauty Shopping. Para penggemar solekan dan fesyenista boleh merasai sendiri pengalaman membeli-belah, tawaran eksklusif, video tutorial solekan serta pelbagai tips kecantikan hanya menerusi telefon pintar mereka.

Gambar: Sephora

Menerusi aplikasi Sephora – Beauty Shopping, anda akan diberikan keahlian Beauty Pass dimana anda boleh mengakses akaun, menjejaki status pembelian, mengumpul mata seterusnya menebus ganjaran istimewa. Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi ini di App Store dan Google Play sekarang dan beli alat solek kegemaran anda pada bila-bila masa sahaja.

Kenapa anda perlu muat turun aplikasi Sephora Beauty Shopping?

  1. Ia percuma dan mudah untuk dimuat turun menerusi iOS ataupun Android.
  2. Anda boleh melihat dan membeli apa jua alat solek dan produk kecantikan pilihan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
  3. Akses pada Beauty Pass dan tebus mata ganjaran anda dimana sahaja butik kecantikan Sephora di Malaysia.
  4. Anda akan jadi yang pertama untuk mendapat tawaran, preview eksklusif, promosi dan sebagainya.
  5. Tonton tutorial solekan dan tips kecantikan jenama solekan popular tempatan dan antarabangsa dari jurusolek terkemuka dunia.
  6. Anda boleh berkongsi alat solek ‘wishlist’ anda menerusi whatsapp dan media sosial untuk beri ‘hint’ pada si dia.
#Beauty #Beauty