Lifestyle

Siapa Adam Shamil Dengan Hampir 2 juta Tontonan Di Media Sosial?

Azwa Rahman
12/08/2016
03:31 MYT
Sponsor Banner
Siapa Adam Shamil Dengan Hampir 2 juta Tontonan Di Media Sosial?
Pertama kali menonton jejaka ini adalah di laman Facebook setelah seorang teman berkongsi video Get It Right, Episode 3 - Sabah & Sarawak, Living in the pokok. Sakit perut saya ketawa melihat gelagat jejaka di dalam video tersebut yang bersungguh-sungguh mahu mengubah mentaliti sebahagian masyarakat yang beranggapan masyarakat di Sabah dan Sarawak ketinggalan.
Saya tidak melepaskan peluang untuk mahu mengenali jejaka tersebut. Dia yang dimaksudkan adalah Adam Shamil Misran yang baru sahaja berusia 21 tahun. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Adam memang seorang yang gemar bercakap. Menurut Adam, “saya sangat suka bercakap terutamanya public speaking ataupun sebagai pengacara. Selain itu, saya suka menyanyi dan berlakon. Kini saya sedang melanjutkan pengajian di University of Notthingham, Kampus Malaysia dalam bidang penyiaran TV dan filem antarabangsa dan juga bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua”.IMG_3406.JPG
Mula meceburkan diri sebagai YouTuber pada awal tahun ini, dia mendapat inspirasi dari pengalaman sendiri. “Mula-mula saya mendapat idea untuk membuat video YouTube ketika berada di KL, orang fikir saya berasal dari Indonesia setiap kali saya cakap bahasa Sabah kerana ada persamaan dari aspek sebutan dan intonasi. Kemudian, saya terus mendapat idea untuk membuat satu episod ‘GET IT RIGHT’ dan itulah video pertama saya dalam episod tersebut, menceritakan perbandingan di antara bahasa melayu Sabah dan bahasa Indonesia”. Sehingga kini, episod 'GET IT RIGHT' mengandungi beberapa video seperti bahasa Indonesia VS melayu Sabah (98,783 views), Sabah & Sarawak, Welcome To Malaysia? (49,318 views), Sabah & Sarawak, Living In The Pokok? (60,637), Kota Kinabalu, Sarawak Meh? (44,089 views), Speak English is Minta Puji! (33,449 views) dan Types of Malaysians We Hate (14,966 views).IMG_3408.JPG
Mengakui dirinya seorang yang peramah dan happy go lucky, video yang dihasilkan Adam kebanyakan berdasarkan isu-isu terkini. “Namun ada juga topik atau content yang saya ambil dari YouTuber lain dan saya hasilkan dengan cara dan konsep saya yang tersendiri. Bagi menghasilkan sesuatu video, selalunya saya akan brain strom, apa video yang nak dihasilkan. Bila dah ada topik, saya akan fikir tajuk video serta skrip. Dari segi skrip, saya hanya buat secara point form dan dalam video itu nanti baru saya terangkan satu demi satu secara spontan. Siap finalize skrip, saya set up kamera, mikrofon, lighting dan kemudian shoot. Habis shoot saya akan edit, tengok hasil video, buat sedikit pembetulan kalau ada, save dan upload di YouTube ”, jelasnya.IMG_3407-(1).JPG
Anak kepada seorang wartawan Daily Express dan ibunya bekerja dalam di bidang pelancongan ini banyak memberikan inspirasi tidak hanya pada masyarakat Sabah malahan seluruh Malaysia. Namun siapa pula yang memberi inspirasi pada Adam? “Saya menjadikan Adam Tambakau sebagai inspirasi saya. Dia merupakan Youtuber pertama di Sabah yang menghasilkan dan memuat naik video di Youtube. Dia memberi inspirasi kepada saya melalui video penghasilannya yang mempunyai mesej dan disampaikan kepada masyarakat luar khususnya orang Malaysia. Selain itu, saya turut mengagumi YouTuber Superwoman dan Ryan Higa. Mereka ini amat memberi inspirasi kepada saya untuk mengikuti jejak langkah mereka. Mereka juga merupakan orang biasa seperti saya yang mempunyai impian”, tambah Adam lagi.IMG_3416.PNG
Niat Adam untuk menghasilkan video dengan mesej-mesej berguna hanya satu. Untuk menjadi seorang yang dapat memberikan impak positif dan menjadi seorang yang berpengaruh menerusi video yang dihasilkannya. Menurut Adam, “saya berharap apabila orang melihat video saya, mereka dapat relate dengan apa yang saya cuba katakan dan dapat melihat saya sebagai seorang yang dapat menghiburkan menerusi video-video saya tetapi pada masa yang sama mahu mereka terima dan faham mesej yang saya cuba sampaikan.IMG_3411.JPG
Mencecah hampir 40,000 likes di Facebook, 12,000 subscribers di YouTube dalam masa empat bulan, 32,000 pengikut di Instagram dan 1,200 pengikut di Twitter dalam masa sebulan, Adam memang seorang yang cukup berbakat besar. Videonya yang paling mendapat hit adalah Get It Right, Episode 3 - Sabah & Sarawak, Living in the pokok. “Video ini mendapat tontonan hampir setengah juta views di Facebook dan YouTube. Video tersebut juga di muat turun dan menjadi viral di media sosial. Di Twitter sahaja ia telah mendapat 12,000 retweet dan dikongsi oleh orang-orang berpengaruh di Facebook mereka antaranya pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq. Ini merupakan hasil kerja yang amat memberikan impak dan memberikan semangat untuk saya menghasilkan video yan lebih baik lagi”, jelasnya lagi.IMG_3413.JPG
Berhasrat untuk menjadi seorang pengacara TV seperti di saluran Go Asean, Adam punya satu impian yang lebih besar lagi, membuka akademinya sendiri. “saya mahu menubuhkan my very own Communication Academy dipanggil ‘Adam Shamil, School of Communication’ di mana saya berhasrat untuk membantu sebanyak orang yang mungkin untuk keluar dari kepompong mereka dan boleh berkomunikasi dengan lebih baik dan dinamik. Saya juga mahu menubuhkan foundation saya sendiri di mana saya berhasrat untuk membantu meringankan beban dan melakar kebahagiaan kepada mereka yang amat memerlukan”, ujarnya. Namun sebelum semua impian ini tercapai, pastinya Adam mahu terus menghasilkan video yang mempunyai mesej-mesej ataupun intipati yang bermakna, ada elemen humor, kreatif dan tidak membosankan. IMG_3410-(1).JPG
Gambar: Adam Shamil
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024