,
Lifestyle

Siapa Masih Ingat Pasaraya Paling legend Di Ipoh, Super Kinta?

Azwa Rahman
13/03/2017
03:38 MYT
Kalau dah namanya orang Ipoh, siapa yang tak tahu pasar raya Super Kinta, dia bukan anak Ipoh sejati. Sebelum adanya pasar raya Aeon, Tesco dan Giant di Ipoh, Super Kinta adalah pasar raya yang paling masyhur sekitar tahun 80-an dan 90-an. Tidak hanya Super Kinta, antara pasar raya lain yang paling legend dulu adalah Yik Foong, Ocean, Hankyu Jaya, Parkson Ria, Bazar Bulat dan Payless.
Gambar: Perakworld.org
Bagi orang Ipoh, kawasan Super Kinta antara tempat paling meriah kerana disitu juga terletaknya perhentian bas awam yang agak besar untuk anda pergi ke serata Ipoh. Pada yang masih ingat pada susun atur Super Kinta, di dalamnya turut ada bahagian pasar basah di bawah, ada food court dan bahagian pakaian wanita, lelaki di aras satu. Kami masih ingat kalau balik sekolah dulu, berhenti di Super Kinta untuk ke menikmati asam laksa dan air sirap yang sedap di food court tersebut.
Gambar: Perakworld.org
Kami yakin setiap orang Ipoh sejati pasti kenal dengan bangunan legend ini. Super Kinta telah menjadi satu mercu tanda bagi bandar Ipoh dan kewujudannya masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Menjadi pilihan golongan hispter untuk bergambar, Super Kinta turut menjadi pilihan pengarah Mamat Khalid bagi lokasi penggambaran filem Rock dan Rock Ooo. Ia sekaligus menghidupkan kembali nostalgia dan rindu kami terhadap bangunan Super Kinta di bandaraya Ipoh dan juga memperkenalkan bandaraya Ipoh ke seluruh Malaysia. Kini, Super Kinta telah diambil alih dan menjadi bangunan UTC Ipoh.
Gambar: Perakworld.org
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

“Nak Prepare List Lagu, Dah Boleh Start Karaoke Ni!" - New Boyz Comeback! Peminat ‘Meraung’ Tak Sabar Tunggu Konsert

gempak
04/11/2022
09:30 MYT
Tal sabar nak konsert New Boyz!
Laman Utama

Liverpool Legend, John Barnes Meriahkan EPL Bersama Peminat Di Malaysia

gempak
07/08/2022
14:06 MYT
John Barnes Meriahkan EPL Bersama Peminat Di Malaysia
Laman Utama

Argentina Berkabung Tiga Hari Mengenang Pemergian Maradona

gempak
26/11/2020
15:00 MYT
Peminat bola sepak meratapi pemergian sang lagenda...
Hiburan

“Dia Tiba-Tiba Keluar, Tak Bincang Pun…” – May Terkilan Dengan Mus

gempak
05/11/2019
19:14 MYT
Hiburan

Isteri John Legend Tampil Tanpa Coli, Seluar Dalam

gempak
22/11/2016
09:09 MYT
Dun Dukun