Lifestyle
Status Sijil Halal Premis Makanan Jadi Tanda Tanya
Masyarakat Islam di negara ini cukup peka dengan status halal makanan yang dijual khususnya membabitkan premis jenama makanan antarabangsa. Di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab dalam memberi sijil halal pada mana-mana pengusaha makanan yang menjual makanan dan minuman kepada muslim.
Sama ada sedar atau tidak, ada dalam kalangan masyarakat Islam sendiri tidak ambil peduli atau keliru dengan status halal sesebuah restoran yang beroperasi apatah lagi turut menjual arak. Menerusi akaun Facebook, Bahagian Hab Halal, JAKIM, pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang isu atau kes viral yang menjadi tumpuan khalayak.
Terkini, isu sijil halal juga terpalit pada satu jenama restoran francais popular, Auntie Anne's yang menarik perhatian pengguna di media sosial mendapatkan kepastian makanan yang dijual secara meluas itu mempunyai sijil halal JAKIM.
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Maklumat+mengenai+logo+halal+JAKIM+sebenar.+(Gambar%3a+JAKIM)|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Menjawab pertanyaan ramai itu, seorang eksekutif bahagian halal produk makanan itu tampil memberi penjelasan iaitu permohonan halal jenama itu memang ditolak JAKIM kerana beberapa isu.
Jelasnya, permohonan sijil halal perlu dibuat dahulu untuk bahagian dapur atau 'Central Kitchen' (CK) membabitkan proses pembungkusan semula. Dia juga memberitahu permohonan sijil halal untuk produk itu sudah dibuat ke atas 45 kedai makanan itu dalam satu permohonan tetapi ia ditolak JAKIM kerana perlu dibuat secara berasingan mengikut zon agar memudahkan proses audit.
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Penjelasan+seorang+kakitangan+Auntie+Anne%27s+kepada+pelanggan+menerusi+Facebook.+(Gambar%3a+Facebook)|(width)|(height)^}
Katanya, permohonan CK sudah dihantar dan melepasi peringkat pertama manakala kini sedang menunggu proses audit JAKIM. Dia mengakui JAKIM memppunyai standard tinggi yang harus diikuti semua pemegang sijil halal badan itu.
"Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam," katanya dalam statusnya di Facebook, hari ini.
Tambahnya, dia menasihatkan pelanggan Islam yang berasa sangsi terhadap makanan di premis majikan itu halal atau tidak agar menunggu pengesahan halal terlebih dahulu.
Must-Watch Video