Bandar Muar telah membanggakan Malaysia apabila telah terpilih antara bandar terbersih di ASEAN dan juga penerima anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017. Anak-anak Muar pasti bangga dengan prestasi cemerlang pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) kerana bandar ini menepati standard dan ciri-ciri bandar bersih yang ditetapkan ASEAN.

Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard yang berjaya dimenangi bandar Muar.

Majlis anugerah ASEAN Tourism Forum 2017 ini telah berlangsung di Chiang Mai, Thailand.

Memetik laporan Astro Awani, Pegawai Daerah Muar, On Jabbar menjelaskan setiap individu di Muar memainkan peranan penting terutamanya peniaga, masyarakat dan MPM sendiri untuk terus menjaga kebersihan di Muar. Kebersihan itu telah menjadi budaya di sini.

Tambahnya lagi, "anugerah ini menguntungkan orang ramai. Bukan sahaja dari segi kebersihan, malah dari segi ekonomi. Ini kerana bandar yang bersih akan menerima lebih ramai pengunjung.

Bandar Muar terlebih dahulu telah diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2012 dan juga telah dinobatkan sebagai bandar bersih dalam Malaysia pada tahun 2016.