Lifestyle

Taiping Wakili Malaysia Raih 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia 2018

Azwa Rahman
28/12/2018
08:42 MYT
Tahniah orang negeri Perak! Jika dahulu Ipoh berada dalam senarai tempat yang perlu dilawati, kini giliran Taiping untuk bersinar.
Mewakili satu-satunya bandar bagi negeri Perak dan Malaysia, Taiping tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018. Taman Tasik Taiping yang terkenal.
Anugerah tersebut dikendalikan oleh ‘Green Destination Foundation’ dan adalah satu inisiatif kerjasama ‘Green Destinations, European Centre for Eco & Agro Tourism (ECEAT) dan Coastal & Marine Union - EUCC yang berpangkalan di Netherland.
Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff telah menerima kiriman e-mel yang memaklumkan kejayaan itu pada 21 Disember yang lalu. Alam semulajadi di Taiping masih terpelihara.
“Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan inisiatif ini,” katanya.
Sebelum anugerah ini, Taiping telah menerima Sijil Pematuhan ASEAN Clean Tourist City (ACTC) Standard 2017 pada Disember tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!
Advertorial

10 Tempat Menarik Untuk Bonding Bersama Anak, Nombor 9 Tu Paling Rare Guys!

gempak
29/02/2024
10:20 MYT
Anak-anak confirm love tempat-tempat ni.
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Datang Nak Tengok #GMWA2023 Tapi Tak Tahu Nak Tidur Mana? Ini 5 Tempat Penginapan Sekitar PICC

gempak
21/02/2024
14:01 MYT
Tak sabarnya nak tengok #GMWA2023!