Skip to main content

Market Trends

Tak Perlu Screenshot Lagi, Kongsi Lagu Kegemaran Di Instagram Stories Dengan Mudah

dualipa.jpg

Kalau anda seorang yang pelayan tegar Spotify dan juga Instagram, pasti anda pernah nampak ada orang berkongsi screenshot lagu yang sedang didengar di Spotify di dalam Instagram Stories. Kini, ucapkan selamat tinggal pada screenshot dan hai pada feature terbaharu di Spotify iaitu perkongsian lagu Instagram Stories.

Kolaborasi terbaru Spotify dan Instagram.

Selain berkongsi lagu kegemaran yang anda sedang dengar, rakan Instagram anda juga boleh turut sama mendengar lagu tersebut dan klik pada pautan Spotify yang tersedia.

 

Advertisement

Bagaimana caranya? Senang sahaja! Jika anda sedang membuka aplikasi Spotify sekarang, klik pada butang share, tekan pada Instagram Stories. Kemudian ia akan terus masuk ke akaun Intagram anda dan anda boleh menghias Instagram Stories sebelum post.

 Tekan butang share dan kemudian pilih Instagram Stories.Cantik kan feature baru Spotify di Instagram?

Jika anda belum ada aplikasi Spotify dan Instagram, muat turun sekarang di iOS dan Android anda dan mula kongsikan lagu-lagu kegemaran anda.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video