Skip to main content

Market Trends

Tempahan Hotel Mewah Pertama Di Angkasa Yang Bernilai 3 Juta Untuk Satu Malam Dibuka Sekarang

aurora.jpg

Kalau anda dah menggembara ke seluruh negara dan masih mahukan pengalaman luar biasa bercuti, apa kata simpan duit dari sekarang untuk merasai percutian ke angkasa dan menginap di hotel mewah pertama di angkasa.

 

'The Aurora Station' dibina oleh syarikat Orion Span yang berpengkalan di Texas yang mempunyai pasukan tersendiri dalam misi jelajah angkasa bersama Nasa lebih 140 tahun bakal menerima tetamu dan menjanjikan pengalaman percutian luar biasa.

 Nikmati percutian 12 hari di angkasa.

Hotel mewah tersebut bakal dilengkapi dengan dua orang krew dan ruang bilik yang memuatkan enam orang tetamu dalam percutian selama 12 hari seumur hidup.

 

Dijangka akan bermula pada akhir tahun 2021, tetamu boleh membayar sejumlah deposit bermula sekarang untuk menempah percutian sekali seumur hidup ini. Segala urusan tempahan boleh dilakukan di sini

 

Menurut Pengasas The Aurora Station, Frank Bunger, "Kami tidak menjual pakej percutian yang tertera, hey jom kita ke pantai tetapi kami menjual pengalaman untuk menjadi seorang angkasawan dan ada orang yang mahu rasa pengalaman ini dan sanggup membayarnya."

 

Sebelum berlepas, tetamu perlu menjalani latihan intensif pertama selama tiga bulan sebelum memulakan percutian di angkasa.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video