Buang segala kerisauan dan kegusaran terhadap si comel apabila terpaksa bekerja di luar kawasan ataupun melancong kerana Catzonia boleh menjaga kesejahteraan kucing anda dengan baik.

Sering menjadi pilihan orang kenamaan, selebriti serta peminat kucing untuk meletakkan kucing peliharaan mereka untuk dijaga, Catzonia yang merupakan hotel kucing bertaraf lima bintang ini menyediakan pakej hotel penginapan kucing yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

A post shared by Catzonia (@catzoniamy) on

Pemiliknya, Muhammad Syahir Zainal, 29 mendapat inspirasi daripada haiwan peliharaan kesayangannya.

Antara pakej premium yang ditawarkan di Catzonia adalah bilik selesa yang menempatkan katil, taman permainan mini dan tandas khas. Mempunyai dua cawangan di sekitar Lembah Klang, pengguna boleh memilih sama ada ingin meletakkan kucing anda di Catzonia Damansara Perdana ataupun Catzonia Seksyen 13, Shah Alam.

A post shared by Catzonia (@catzoniamy) on

Selain menjadi pusat jagaan harian premium yang menitikberatkan soal keselesaan, Catzonia turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dengan pancaran secara langsung ke telefon pintar pelanggan menerusi aplikasi khas. Kucing-kucing yang ditempatkan di sini juga diberikan makanan premium sebanyak tiga kali sehari, dibersihkan dan sesi bermain bersama penjaga Catzonia yang juga pencinta kucing.

A post shared by Catzonia (@catzoniamy) on

Dengan dua cawangan, Catzonia dijangka akan mengembangkan sayap mereka dengan membuka tiga lagi cawangan yang akan dibuka di Lembah Klang pada akhir 2017 dan sekurang-kurangnya tujuh cawangan pada tahun depan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan, anda boleh semak laman web Catzonia di sini.

Kadar sewa bilik:


Sumber: Berita Harian