Alangkah luluhnya hati melihat wajah seekor anak harimau yang comel dan lemah dalam sebuah kotak plastik.
Anak harimau Bengal yang berusia dua tahun ini telah dibungkus di dalam sebuah kotak plastik untuk diseludup menerusi penghantaran ekspres.
Diselamatkan oleh polis Mexico, mujurlah anjing pengesan menghidu sesuatu yang mencurigakan. Menurut sumber, seorang individu telah mencuba untuk menyeludup anak harimau itu dari negara barat Jalisco kepada alamat di tengah negeri Queretaro.
Menurut sumber juga, anak harimau tersebut mengalami dehidrasi tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan lain. Dia juga telah dihantar ke pusat pengurusan haiwan.