Skip to main content

Market Trends

Tiada Lagi Snek Kacang Tanah Dalam Penerbangan Singapore Airlines

airlines_sing.jpg

Singapore Airlines mengumumkan tidak lagi menghidangkan kacang tanah dalam penerbangannya.

 

Singapura menyertai syarikat penerbangan lain termasuk Qantas, Air New Zealand dan British Airways telah berhenti menghidangkan kacang tanah sebagai makanan ringan kepada penumpang.

Kes alahan pada kacang boleh membawa maut.  

Advertisement

Syarikat penerbangan itu menghentikan hidangan snek kacang tanah di semua kelas kabin bermula bulan April walaupun kacang lain termasuk gajus, macadamia dan badam masih akan diberikan dalam beberapa kelas.

 

Pada tahun lalu dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang menaiki penerbangan dari Singapura ke Melbourne dengan ibu bapanya mengalami alahan teruk yang mengancam nyawa selepas penumpang lain membuka paket makanan ringan mengandungi kacang tanah.

 

Bapa kanak-kanak itu berkata, anaknya mengalami muntah-muntah, bengkak di bahagian mata dan tidak dapat bercakap dengan baik namun alahan itu dapat dikawal dengan ubat yang dibawa mereka.

 

Bagaimanapun, penghentian makanan ringan kacang tanah secara drastik ini tidak dinyatakan puncanya.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video