Rambut sihat dan bersinar pasti menjadi idaman setiap wanita. Tidak kira apa jua jenis rambut anda atau anda bertudung, mahkota wanita ini perlukan penjagaan yang baik untuk kekal cantik.

Bagi jenama syampu nombor 1 dari Jepun, Lux Luminique menampilkan beberapa rangkaian syampu baharu berasaskan formula dari Jepun menggunakan tiga bahan botanikal yang ternyata bagus untuk keperluan rambut anda.

1. Ekstrak beri acai

Khas untuk rambut kusut kembali lurus.

Ekstrak beri acai bagus untuk semua jenis rambut namun bagi rambut yang selalu kusut, ini syampu yang bagus untuk rambut kusut kembali senang diurus. Diperkaya dengan shea butter organik dan ekstrak resberi hitam, ia membantu menguatkan rambut dari dalam dan mengurangkan rambut gugur akibat rambut kusut.

2. Ekstrak beri goji

Menghidratkan rambut kusam dan kering.

Bagi anda yang mengalami masalah rambut kusam, kering dan tidak bermaya, ekstrak beri goji mampu menghidratkan dan mengembalikan seri rambut. Gabungan ekstrak beri goji, biji buah delima, ekstrak lidah buaya dan ekstrak camellia membaiki tekstur rambut dan menghidratkan rambut anda secara semulajadi.

3. Air gunung Auvergne, Perancis

Mengandungi enam bahan semulajadi untuk keperluan rambut.

Sesuai untuk semua jenis rambut, Lux Luminique Botanical Pure mengandungi enam bahan semulajadi khas untuk membaiki dan menguatkan rambut anda. Diperkayakan dengan minyak biji anggur, minyak argan, lidah buaya, ekstrak teh hijau, air gunung Auvergne yang terletak di Perancis dan wangian dari kulit limau dan lemon, syampu ini sesuai untuk anda yang mahukan bahan terbaik untuk kesegaran rambut.

Tiga variasi dari jenama syampu nombor satu di Jepun ini boleh didapati di cawangan Watsons dan Guardian, pasaraya dan gedung membeli-belah berhampiran anda. Dengan harga RM37.64, semoga rambut kusam dan kering anda kembali kuat, bersinar dan lembut berseri.