Baru sahaja penjualan tiket konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dibuka pada jam 10 pagi tadi, nampaknya tiket beharga RM398 hingga RM888 telah laris dijual dalam tempoh hanya 45 minit.

Menerusi satu status pihak penganjur konsert tersebut, PR World Wide:

"Tolong sentiasa melihat wwwprworldwidelive.com untuk sebarang pengumuman berkenaan dengan penambahan kapasiti yang kami akan tawarkan selepas berbincang dengan pihak produksi artis."

Pihak PR World Wide juga menasihati peminat supaya tidak membeli tiket daripada ulat tiket. Terbaru ada yang berjaya membeli tiket berharga RM888 dan menjualnya pada harga RM4,000. "Untuk peminat yang tidak berjaya membeli tiket lagi, jangan membeli daripada ulat tiket atau laman sesawang yang bukan daripada pihak kami", jelas penganjur lagi menurut laporan Mstar.

Konsert jelajah The Bruno Mars 24K Magic World Tour ini akan menjelajah benua Asia bermula bulan Mei tahun 2018. Manila, Filipina dan Kuala Lumpur, Malaysia menjadi dua lokasi terpilih untuk penyanyi ini beraksi.

Konsert ini akan diadakan pada 9 Mei di Axiata Arena, Stadium Sukan Bukit Jalil manakala di Manila pula pada 3 Mei.

Pada korang dah bercadang nak beli tiket konsert tapi dah habis, jangan bersedih. Ada rezeki nanti mana tahu kan. Jom kita layan lagu ni dulu.

Sumber: Mstar