Lifestyle

Tips Menjaga Tudung Agar Tahan Lama

Azwa Rahman
27/09/2016
04:02 MYT
Sponsor Banner
Tips Menjaga Tudung Agar Tahan Lama
Pasti para hijabi mempunyai banyak koleksi tudung di rumah. Daripada koleksi tudung bawal ke shawl, pashmina, sifon, silk dan sebagainya. Namun selepas memakainya, tahukah anda cara yang sesuai untuk mencuci tudung agar tahan lama, tak cepat rosak dan warnanya terpelihara?
1) Pelembut
Sebaiknya rendamkan tudung seketika dalam air suam yang telah dicampur dengan bahan puncuci berbentuk cecair dan bahan pelembut. Bilaskan dengan air bersih sehingga hilang sisa-sisa sabun.
2) Jangan sental
Ketika mencuci, jangan meramas atau menyental tudung anda dengan kuat. Jika ada kotoran degil, cukuplah sekadar anda mengosoknya dengan tangan.
3) Abaikan mesin basuh
Bagi jenis kain yang lembut, anda tidak digalakkan mencucinya dengan mesin basuh. Walaupun mudah, ia dikhuatiri akan merosakkan kain tudung tersebut. Namun jika anda mahu menggunakan mesin basuh, asingkan tudung daripada bercampur dengan pakaian lain.
4) Mengering
Ketika mengeringkan tudung, pastikan anda menjemur di kawasan yang redup dan tidak terlalu panas. Jangan terus letakkan tudung di bawah matahari terik untuk mengelakkan warna cepat pudar.
5) Suhu rendah
Ketika mengosok tudung, pastikan suhu sentiasa rendah untuk mengelakkan ia terbakar lalu anda pun menangis. Material jenis sifon dan silk perlu sentiasa berjaga-jaga kerana ia lembut.
6) Gantung
ketika menyimpan, sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024