Ultras Malaya (UM) hari ini telah berlepas ke Vietnam bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium MyDinh, Hanoi.

Syarikat penerbangan AirAsia telah menyediakan dua penerbangan pergi balik untuk mereka menyaksikan perlawanan tersebut.

Ekor harimau!

Penerbangan pada 15 Disember juga sudah penuh ditempah. Secara keseluruhan, 345 kerusi telah dijual untuk kedua-dua penerbangan.

Turut sama menghantar kumpulan ini di KLIA2 adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Perniagaan Penerbangan) Bo Lingam serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

we scared nothing! because we are @ultrasmalaya.my !! ?????? Final hour! final match! 90’mint again! #bangkitHarimauMalaya . . #demimalaysia #harimaumalaya #untilthelastrebel #ekor #um07 #utlr #malaysia #ultrasmalaya #finalAffsuzukicup2018

A post shared by ultrasmalaya.my (@ultrasmalaya.my) on

Petronas telah menaja kos bahan api untuk kedua-dua penerbangan dan untuk itu dan berharap para peminat akan menikmati masa mereka di sana dan ia juga akan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peminat.

Sumber: Mstar