Percayalah, figura bersaiz 12 inci dari serata dunia berkumpul bagi pertandingan Miss Beauty Doll, sama seperti Miss Universe dan Miss World.

Kalau anda terlupa yang kami pernah menyiarkan artikel tentang Miss Beauty Doll 2018, rupanya pertandingan akhir Miss Beauty Doll 2018 telah pun berlangsung di Bangkok, Thailand.

Juara dari USA, Cassandra Santiago.

Peserta dari Amerika Syarikat, Cassandra Santiago berjaya dinobatkan sebagai Miss Beauty Doll 2018 mengalahkan peserta dari 33 negara yang menghantar wakil.

Tempat kedua dimenangi oleh wakil Filipina, Pilar Esquerra Geranimo manakala tempat ketiga menjadi milik Nuttharika Mahavethanon dari Thailand.

Juara bersama naib juara dari Filipina dan tempat ketiga dari Thailand.

Wakil Malaysia, Maya Natasha hanya berpuas hati di tangga ke-10 apabila tidak berjaya untuk ke peringkat yang seterusnya.

Namun Maya Natasha tetap memukau dalam busana pengantin nyonya berwarna biru gelap rekaan Louie Leong yang dipakai ketika sesi memperaga kostum kebangsaan.

Maya Natasha dalam busana pengantin nyonya.

Cassandra membawa pulang mahkota bernilai USD1,000, sebuah trofi dan memegang gelaran Miss Beauty Doll 2018 yang disandang oleh pemenang terdahulu, Kurara Kato dari Jepun.

Cassandra bersama Miss Beauty Doll 2017 dari Jepun.

Tidak hanya cantik, pemegang gelaran Miss Beauty Doll perlu mempunyai stail tersendiri dan sering membuat aktiviti-aktiviti kebajikan seperti mana pertandingan Miss World dan Miss Universe.