LIFESTYLE
Vans Mahu Anda Bergaya Ala 'Superhero Marvel' Lebaran Ini
Beberapa minggu lalu kecoh mengenai kasut Vans edisi Marvel yang berkeliaran di timeline media sosial. Rata-rata peminat setia baik Marvel atau Vans, tidak sabar mendapatkan kasut edisi khas ini.
Namun, berita baik untuk anda yang menunggu ketibaan kasut ini, Vans Malaysia telah pun membawa masuk ke Malaysia.
Menurut Vans menerusi Instagram rasmi mereka, edisi khas ini akan memasuki pasaran di seluruh outlet Vans (termasuk Malaysia).
BERSIAP SEDIALAH UNTUK BERATUR PANJANG
Sempatlah anda bergaya ala supehero di hari raya nanti. Biar tekebil mata sanak saudara.
Namun satu perkara perlu diingatkan, edisi ini semamangnya amat terhad. Oleh itu, bersiap sedialah menghadapi cabaran untuk beratur panjang.
Emosi juga harus stabil sekiranya sold out dalam tempoh beberapa minit. Goodluck Guys!