Skip to main content

Market Trends

Video Bollywood Kak Girl Dan Suami Dapat Pujian Shah Rukh Khan!

girl6.jpg

Bagi anda yang tidak mengenali Kak Girl, namanya menjadi viral bermula tahun 2016 apabila dia banyak membuat video-video lip-sync lagu-lagu popular. Jika tahun lepas dia banyak bersendirian di dalam kereta sambil beraksi, kini Kak Girl turut menampilkan suaminya, Mohd Hafizi Marzuki, 26 dengan berwajah selamba memandu di dalam video.

Pernah tersenarai sebagai 16 orang paling viral tahun 2016, Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Jaslan, 30, nampaknya telah menarik perhatian bintang Bollywood nombor 1, Datuk Shah Rukh Khan.

Advertisement

Dalam sebuah video lip-syncnya bersama suami di dalam kereta, Kak Girl memilih untuk memparodikan lagu Bole Chudiyan dari filem Kabhi Khushi Kabhie Gham lakonan Shah Rukh Khan. Video berdurasi seminit itu telah dikongsi di Twitter oleh Asad Shan.

Dan tidak disangka-sangka, video tersebut telah menarik perhatian aktor tersebut. Shah Rukh Khan telah memberikan komen "Wow!! And the gentleman is so underplayed!!!"

Bila kami terlihat komen Shah Rukh Khan itu, kami turut wow bersama! Bertuahnya Kak Girl dapat suami yang selamba dan gila-gila. Mana tahu selepas menerima komen dari Shah Rukh Khan, suami Kak Girl boleh sekali-sekala menari dan turut lip-sync bersama. Retweet dari Shah Rukh Khan itu sehingga kini telah mendapat 893 komen, 2,600 retweet dan 8,900 likes. Shah Rukh Khan yang juga popular dalam kalangan pengguna Twitter sehingga ini telah mengumpul seramai 28.5 juta pengikut.

Must-Watch Video