Selama sembilan tahun berturut-turut, ibu negeri Austria, Vienna mempertahankan kedudukan sebagai bandar raya terbaik yang menawarkan kualiti kehidupan terbaik di dunia.

Tinjauan tahunan yang dilakukan firma perunding Mercer terhadap 231 bandar raya ini mengambil kira kriteria kestabilan politik, penjagaan kesihatan, pendidikan, jenayah, rekreasi dan pengangkutan.

Benua Eropah sahaja mempunyai lapan daripada 10 bandar raya terbaik dunia dimana Jerman dan Switzerland masing-masing mempunyai tiga bandar raya terbaik manakala New Zealand, Kanada dan Australia, masing-masing memiliki satu bandar dalam senarai 10 terbaik tersebut.

Dengan 1.8 juta penduduk, Vienna memaparkan keindahan budaya, penjagaan kesihatan menyeluruh dan kos perumahan sederhana. Senarai ini diikuti dengan Zurich, kemudian Auckland dan Munich yang berkongsi di tempat ketiga.

Vancouver di tangga kelima, menawarkan kualiti kehidupan terbaik di Amerika Utara. Sementara wakil Asia, Singapura di tangga ke-25 dan Iraq kekal bandar terburuk.

Bandar raya Afrika yang berada dalam senarai adalah Durban di Afrika Selatan di tempat ke-89.

Sumber: Reuters