LIFESTYLE
'Vinegar Hacks' Yang Ramai Tidak Tahu
Terdapat pelbagai jenis cuka di pasaran. Cuka epal cukup terkenal sebagai salah satu bahan membantu pembuangan toksin di dalam badan dan mampu melangsingkan tubuh. Cuka masakan pula digunakan dalam menghasilkan beberapa menu popular termasuk menghasilkan acar, jeruk dan sebagai bahan yang berkesan untuk melembutkan daging. Cuka boleh dihasilkan daripada buah-buahan seperti anggur, epal dan gula tebu yang melalui proses penapaian bagi menukarkan komposisinya kepada etanol dan seterusnya kepada asid asetik. Cuka moden kebanyakan merupakan cuka buatan yang dihasilkan daripada asid asetik dan air. Cuka juga boleh digunakan sebagai disinfektan semulajadi terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Selain itu, cuka sering digunakan sebagai pengganti cecair peluntur pakaian untuk membersihkan pakaian dan rumah.
Klik video ini untuk mengetahui cara menggunakan cuka untuk membersihkan rumah.
Must-Watch Video