Lifestyle
VivoBook S15 Mungkin Laptop Paling Stylish Tahun Ini!
Lama rasanya tidak membuat ulasan mengenai komputer riba atau laptop. Oleh itu, apabila mendapat peluang untuk menggunakan VivoBook S15, saya agak teruja.
Mengapa teruja? Kerana saya pernah menggunakan model bagi siri VivoBook pada tahun lepas. Skrin cantik dan ada pengimbas cap jari lagi!
Jadi bagi model S15 ini saya meletakkan harapan agak tinggi. Selepas dua minggu mencuba, saya rasa terdapat beberapa perkara menarik anda perlu tahu.
REKAAN SUPER HIPSTER
Yes pertama kali, saya melihat rekaan laptop ini saya agak terkejut. Jika model sebelum ini kelihatan sungguh typical dan bosan, VivoBook S15 adalah sebaliknya. Jauh meninggalkan gaya model tahun lepas.Kehadiran varian warna untuk model VivoBook S15 ini memberi satu daya tarikan. Difahamkan terdapat 5 variasi warna kesemuanya.
Model yang saya cuba adalah Firmament Green, antara varian warna yang paling outstanding .
Malah, tekstur ‘woven’ pada laptop ini juga menjadikan model ini nampak ‘super’mahal. Susunan keyboard dan kedudukan pengimbas cap jari juga kemas.
Menyentuh mengenai keyboard, ASUS antara pengeluar laptop yang mempunyai keyboard yang 'sedap'!
LEGASI SKRIN ALA FLAGSHIP
Satu perkara penting mengenai model VivoBook sebelum ini adalah kualiti skrin. Dengan harga sekitar RM2900-3000 pada ketika itu, model terbabit antara yang paling berkualiti. Tidak seperti panel biasa yang tampak murah.Legasi ini nampak gayanya diteruskan menerusi VivoBook 15 dengan skrin HD penuh 1920x1080 IPS. Pengurangan ruang bezel sehingga hampir 86% keluasan menjadikan skrin laptop ini nampak mahal.
Oh ya, tidak dilupakan adalah teknologi ergo lift yang membolehkan anda melaraskan angel skrin dengan lebih kukuh!
BERGAYA TAPI TETAP ‘BERKUASA’
Biarpun berada pada harga pertengahan, namun ia tidak bermakna prestasi laptop ini biasa-biasa.VivoBook S15 dikuasakan sehingga Intel® Core™ i7-8550U generasi ke-8. (model review ini adalah versi i5) Gabungan NVIDIA MX 150 menambahkan lagi ‘kegagahan’ laptop ini untuk penggunaan software atau gaming yang lebih berat.
Ketika menguji laptop ini, saya hanya menggunakan operasi normal yang sering digunakan ketika bekerja. Semuanya lancar walaupun banyak aplikasi dibuka.
Bagi ketahanan bateri, laptop ini mampu bertahan sekitar 7 jam penggunaan ringan (browsing, Facebook, menaip). Bagi penggunaan berat saya menerima sekitar 4 hingga 5 jam.
Harga?
- RM2899 untuk Intel Core i5, MX150, 4GB, 128GB+1TB
- RM3299 untuk Intel Core i5, MX150, 4GB, 256GB+1TB
- RM3899 untuk Intel Core i7, MX150, 4GB, 256GB+1TB
Must-Watch Video