Buat jejaka di luar sana, agak-agaknya berapa banyak anda mampu melakukan tekan tubi atau 'push up'? 10? 20? 50?

Jika anda mampu melakukan lebih daripada 10, anda mungkin boleh menarik nafas lega. Namun jika anda gagal mencapai 10 tekan tubi, maka anda perlu berasa bimbang!

Ini kerana satu kajian terkini dari Universiti Harvard mendapat kemampuan seseorang lelaki untuk melakukan 'push up' atau tekan tubi boleh dijadikan indikator penting untuk mengetahui risiko serangan jantung.

Anda tidak perlu menjadi ahli bina badan untuk melakukan senaman tekan tubi.
Menerusi Facebook Public Health Malaysia, mereka mendedahkan kajian lelaki pertengahan umur yang tidak mampu untuk melakukan
'push up' melebihi 10 kali berisiko untuk mendapat serangan jantung.

Jika lelaki itu mampu melakukan 'push up' melebihi 40 kali, maka anda kurang berisko untuk mendapat serangan jantung dan strok iaitu sebanyak 96 peratus.

Anda boleh baca kajian berkenaan di sini.

So guys, berapa 'push up' yang boleh anda lakukan? Jika kurang segeralah mula dari sekarang. Kami sediakan video senaman asas untuk anda mulakan. Enjoy!