Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Lifestyle

"Walaupun Berkilat, Jangan Duduk Atas Lantai ICU" - Pesan Penolong Pegawai Perubatan

Azwa Rahman 16/10/2018 | 04:36 MYT
Hospital mungkin tempat terakhir yang kita nak pergi melainkan ada hal-hal yang menuntut kunjungan kita.

Namun jika anda berkunjung ke Hospital terutamanya di unit rawatan rapi (ICU) ataupun kawasan wad, jangan sesekali duduk ataupun membiarkan anak-anak anda bermain di atas lantai.

Tular status seorang pembantu pegawai perubatan yang mendapat hampir 16,000 perkongsian di Facebook, lantai ICU memang berkilat. Dicuci dan dimop setiap hari, namun tahukah anda apakah yang selalu tumpah atas lantai tersebut?

1. Darah

2. Nanah

3. Lendir

4. Urin

Memang anda tak nampak semua itu kerana ia telah dibersihkan. Tapi pastikah anda ia 100% bersih?

Menurut pakar bius Dr. Mohd Sany, ada banyak bakteria dan kuman seperti Pseudomonas, Acinetobacter, Klebsiella, E coli, Staph aureus, Streptocococus, Bukholderia dan pelbagai lagi yang boleh mengancam kesihatan anda.

Jadi jangan biarkan orang tersayang bermain-main di atas lantai hospital terutamanya lantai ICU.

#Health #Health
;