Skip to main content

Market Trends

Watak Kartun Looney Tunes Jadi Tarikan Penang Amazing World Studio

amazingworldstudio.jpg
Menjejak kaki ke Penang Amazing World Studio sememangnya cukup mempersonakan kerana pelbagai lukisan tiga demensi (3D) yang cukup menarik selain terdapat beberapa teknologi interaktif baru yang sebelum ini tidak pernah dilihat ataupun di cuba.

Bermula dari 'face mapping, photo matrix' sehinggalah ke 'motion detection' yang disediakan di sini, pastinya pengunjung akan dapat merasai keunikkan hasil seni kreatif dan lukisan kartun 3D yang dibawa khas dari Warner Brothers. Pelbagai watak kartun kesukaan kanak-kanak dari Looney Tunes seperti Tweety, Sylvester Speedy Gonzales, Bugs Bunny dan Lola Bunny serta Daffy Duck dipamerkan untuk tarikan pengunjung yang datang ke sini.

Pengunjung boleh bergambar dengan model adiwira seperti Superman, Batman termasuk watak Tom dan Jerry, Scooby-Doo dan Flintstone. (Gambar: Eiyla Syaharith)

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh bergambar dengan model adiwira seperti Superman, Batman dan tidak ketinggalan Tom dan Jerry, Scooby-Doo dan Flintstone malah lebih istimewa lagi di Amazing World Studio turut memperkenalkan 'Little Common Street' yang memaparkan suasana persekitaran lokasi menarik yang terdapat di Pulau Pinang. Bagi mereka yang menyukai lukisan 'trick art' anda juga boleh mengabdikan kenangan bersama beberapa lukisan yang cukup menarik dan cantik di sini.

Pelbagai lukisan 'trick art' yang cantik dan menarik dipaparkan di Penang Amazing World Studio, Pulau Pinang. (Gambar: Eiyla Syaharith)

Amat berbaloi untuk dikunjungi semua lapisan umur dan harga tiket masuk juga berpatutan iaitu RM28 dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak dan jika ingin mengunjungi boleh ke Penang Amazing World Studio yang terletak di No. 4, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang atau hubungi +60 4-262 1992 untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Advertisement

Must-Watch Video