Malaysia Airlines telah menerima pesawat A350-900 keduanya yang lengkap dengan paparan imej khas 'Negaraku' pada 22 Disember yang lalu. Pantas membangkitkan rasa cintakan tanahair pada sesiapa sahaja yang memandangnya.

Pesawat dengan kod MH5025 berlepas dari Toulouse, Perancis jam 2.02 petang pada 22 Disember dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 9.45 pagi, 23 Disember.

Welcome home pesawat  A350 XWB
Tahniah pasukan Malaysia Airlines

Ketibaan pesawat itu turut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail.

Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-MAC itu dihiasi imej Jalur Gemilang yang mewakili semua rakyat Malaysia dengan bendera ini dibawa syarikat penerbangan ini ke serata dunia.

Pesawat bertemakan NEGARAKU

A350 XWB ini dilengkapi 286 kerusi dengan tiga kelas penerbangan, empat tempat duduk Kelas Pertama, 35 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 247 tempat duduk.

Difahamkan, Pesawat A350 XWB ini bakal digunakan buat pertama kali untuk penerbangan komersial Kuala Lumpur - Kota Kinabalu hari ini, 27 Disember yang dijadualkan mendarat pada jam 3:40 petang.


Sumber: BERNAMA