LIFESTYLE
WhatsApp Perkenal Fungsi Baru 'Status'
Aplikasi pesanan mesej paling popular ketika ini, WhatsApp menambahbaik fungsinya apabila memperkenalkan 'Status' yang memberi kelebihan pada pengguna berkongsi status dengan kenalan menerusi gambar dan video.
Di sebaik keterujaan pengguna terhadap fungsi baru itu, 'Status' dikatakan mempunyai persamaan dengan aplikasi Snapchat dengan fungsi 'Stories' yang berkongsi gambar dan video dengan orang lain. Ini bermakna bukan saja WhatsApp dan Snapchat mempunyai fungsi sama tetapi Facebook yang juga pemilih WhatsApp sebelum ini pernah memperkenalkan fungsi serupa menerusi muat naik gambar di Instagram.
Cnet melaporkan selepas pengguna WhatsApp mempunyai akses kepada fungsi terbaru ini dan mereka tidak perlu lagi memuat turun atau mengemaskini aplikasi ini di App Store atau Play Store. Sebagai tambahan, pengguna WhatsApp juga boleh memilih tahap keselamatan status mereka di fungsi 'Privacy' dengan memilih tiga pilihan iaitu 'My Contacts' merujuk semua kenalan boleh melihat
status, 'My Contacts Except...' (boleh mengecualikan kenalan untuk melihat status) dan 'Only Share With...' (memilih kenalan tertentu saja).
WhatsApp 'Status' ini termasuk fungsi yang biasa digunakan dalam Snapchat dan Instagram seperti peleket, kapsyen teks, lukisan dan banyak lagi. Menariknya, pengguna WhatsApp mempunyai kelebihan berkongsi video dengan durasi lebih lama iaitu 45 saat berbanding 10 saat di Snapchat serta memuat naik gambar animasi format GIFs.
Pengguna juga boleh mengetahui jumlah tontonan video yang dimuat naik menerusi fungsi terbaru, 'Status' ini termasuk melihat nama kenalan yang menontonnya. Berbeza dengan Snapchat, malangnya pengguna WhatsApp tidak tahu jika ada kenalan mereka melakukan 'screenshot' terhadap status mereka meskipun 'Status' ini hilang dalam tempoh 24 jam selepas itu. Nak cuba fungsi baru ini, pengguna perlu matikan telefon bimbit dahulu dan hidupkan semula.