LIFESTYLE
Wolverine Dalam Avengers: Endgame? Google Buat Peminat Tidak Senang Duduk
Tidak pasti sama ada kesilapan ataupun sebagai 'hint' yang Hugh Jackman aka Wolverine bakal membuat kemunculan khas di Avengers: Endgame!
Ini kerana carian di Google menyenaraikan Avengers: Endgame sebagai satu daripada koleksi filem Hugh Jackman.
Pendedahan ini menyebabkan ramai peminat Marvel tertanya-tanya, malah tidak kurang juga yang marah kerana keliru.
.jpg)
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika diimbas kembali, kebarangkalian untuk melihat Hugh Jackman beraksi sebagai Wolverine adalah rendah. Ini kerana pada 2017 Hugh telah mengumumkan bahawa Logan adalah filem terakhirnya sebagai watak Wolverine.
Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada Marvel.
Avengers : End Game akan ditayangkan pada Mei 2019 dan video trailer pertamanya telah pun dikeluarkan di YouTube. Sehingga kini video tersebut telah mencecah lebih dari 60 Juta tontonan!