LIFESTYLE
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V Suka Ikan Kod, Kerapu, Siakap Masak Stim Kicap
Jarang kita mendengar kisah peniaga melayan orang kenamaan atau VVIP tanpa sebarang protokol apatah lagi pelanggan yang datang adalah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Satu pengalaman menarik dikongsi seorang peniaga di sebuah restoran di Kota Bharu, Kelantan yang menerima kunjungan Baginda untuk makan di restorannya suatu ketika dulu.
Peniaga itu menyatakan ketika itu restorannya penuh dengan ramai pelanggan sehingga tidak dapat menunaikan permintaan Baginda untuk bersantap di situ. Pengalaman itu sebenarnya dikesali pemilik restoran Chan Khek Jun atas situasi tersebut berlaku.
Sebaliknya, Khek Jun memberitahu Utusan Online, Baginda pula memohon maaf padanya kerana berasa bersalah mengunjungi restoran itu yang penuh dengan pelanggan tanpa membuat tempahan awal. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2000 ketika Baginda masih menjadi Tengku Mahkota Kelantan.
Apa yang menarik perhatiannya, Baginda mengunjungi restorannya tanpa sebarang protokol atau membuat tempahan awal mahupun menitahkan sebarang meja khas untuknya. Malah, Baginda selalu datang ke restorannya selepas solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat dan rakan baginda.
Baginda yang gemar masakan kurang berminyak, masin dan pedas juga kebiasaannya datang ke restoran itu dengan berpakaian jubah putih tidak menitahkan menyediakan pinggan atau sudu khas tetapi hanya menggunakan apa saja yang ada di restoran itu manakala masakan kegemaran Baginda adalah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap masak stim kicap.
Sementara itu, sempena pertabalan Baginda pada 24 April ini, semua majikan wajib memberi cuti pada pekerjanya seperti mana cuti umum mengikut Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955.