Bagi penggemar tudung dari jenama terkemuka dUCk Scarves, kini anda boleh mendapatkan koleksi terbaharu, The Yummy dUCk bersempena dengan hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini. Tiga corak tudung ini diinspirasikan dari kuih-muih kegemaran rakyat Malaysia iaitu Kuih Seri Muka, Kuih Koci dan Kuih Lapis.

Menurut pengasas The dUCk Group, Vivy Yusof, "Bagi saya, makcik dan pakcik yang menjual kuih ini adalah sebenarnya hero Malaysia yang sangat rajin bekerja dengan kemahiran membuat kuih-muih yang lazat. Saya sentiasa suka dengan makcik dan pakcik yang membuka gerai dan selalunya saya akan berhenti untuk membeli kuih-muih mereka walaupun saya tak terasa lapar. Jadi pada saya, kempen #TheYummydUCk ini sangat dekat dihati saya. Di kesempatan ini juga, kami mahu menyerlahkan kelazatan kuih-muih Malaysia bersempena dengan hari Malaysia. Kami mahu wujudkan kesedaran pada semua bahawa Malaysia sememangnya terkenal dengan kelazatan dan kepelbagaian makanannya ".

#TheYummydUCk menampilkan tiga tudung bercorak geometri diilhamkan dari kuih-muih Malaysia iaitu:

Kuih Seri Muka (Hijau)

Vivy dalam hijau Seri Muka.

Kuih Koci (Ungu)

Vivy dalam warna ungu Kuih Koci.

Kuih Lapis (Merah jambu)

Vivy dalam warna pink Kuih Lapis.

Setiap dari satu tudung ini direka dengan penuh teliti mengikut corak, warna dan elemen setiap kuih-muih ini. Kuih Seri Muka ditampilkan menerusi warna hijau lembut yang cukup indah manakala Kuih Koci pula menampilkan warna ungu ceria dan Kuih Lapis pula bercirikan warna merah jambu pastel.

Koleksi edisi terhad #TheYummydUCk ini juga didatangkan dengan kotak yang comel, kad ucapan terima kasih beserta resipi kuih tersebut. Telah dilancarkan pada 11 September 2017, tudung ini berharga RM300 sehelai dan boleh diperolehi di butik dUCk Scarves di Pavilion serta secara online di sini. Jadi antara Kuih Seri Muka, Kuih Koci dan Kuih Lapis, yang mana satu pilihan anda?