MAHARAJA LAWAK MEGA 2019
MLM2019: “Minggu Depan Tugas Lagi Mencabar” – Mamat STONE
Kumpulan STONE yang dianggotai Azlee Senario, Mamat Sepah dan Acong meluahkan rasa syukur kerana berjaya mara ke minggu keenam.
Mamat meluahkan rasa gembiranya itu menerusi posting terbaru yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya.
Namun kata Mamat, mereka tidak boleh terlalu berasa selesa kerana tugasan minggu seterusnya lebih mencabar.
“Alhamdulliah kami berjaya mara ke minggu seterusnya... Terima kasih kepada anda pengundi dan yang mendoakan kami...
“Minggu depan lagi mencabar tugasnya, doakan untuk kekuatan kami... STONE DALAM BATU ADA PERMATA!!!” tulisnya.
Terdahulu, minggu kedua menyaksikan STONE menduduki tempat keenam dengan jumlah markah 47.10%
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Must-Watch Video