Maharaja Lawak Mega 2019

“Tak Sangka Ada Juga Yang Tak Sensitif Tuduh Saya Gunakan Gambar Adik Terlantar Sakit Untuk Raih Undi Simpati” – Ajak

Fiza Kamarudin
11/01/2020
06:29 MYT
Sponsor Banner
“Tak Sangka Ada Juga Yang Tak Sensitif Tuduh Saya Gunakan Gambar Adik Terlantar Sakit Untuk Raih Undi Simpati” – Ajak
Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro terkilan kerana ada pihak yang tidak sensisitif menuduhnya menggunakan foto adik, Mohd Fitri Razak untuk meraih undi simpati di pentas akhir Maharaja Lawak Mega MLM) 2019.
Ajak yang juga anggota kumpulan Rare di MLM 2019 turut menganggap individu yang melemparkan tuduhan tersebut sebagai tidak sensitif dengan kesulitan dihadapi orang lain.
“Orang yang macam ni saya anggap tidak sensitif dengan orang lain. Apa relevannya saya menggunakan adik yang sedang dalam keadaan tidak berdaya untuk kepentingan sendiri?
“Saya masih waras! Soal nyawa ini bukan benda main-main. Komen melampau macam ni buat saya geram,” luahnya terkilan.
Ditanya mengenai perkembangan Fitri, Ajak berkata adiknya itu berada dalam keadaan baik dan berharap agar diberi kesembuhan.
“Syukur Alhamdulillah, walaupun mengalami kesan lecuran di tahap dua adik saya nampak semakin baik dan positif.
“Adik saya juga akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana isteri dan anak-anaknya tinggal di Cheras.
“Terima kasih kepada yang telah mendoakan,” katanya kepada Gempak ketika ditemui selepas MLM 2019 berakhir.
Fitri mengalami melecur tahap dua selepas silinder gas meletup ketika sedang membaiki penghawa dingin bangunan di Pelabuhan Klang, jam 3.40 petang Khamis.
“Adik saya tinggal di Cheras bersama keluarga dia. Kebetulan dia di Klang dan buat kerja di sana dengan kawan dia.
“Masa tengah buat kerja itulah gas meletup, dia suruh kawan dia keluar sementara dia masuk semula ke dalam bangunan untuk menutup suis utama.
“Jadi, masa itulah api menyambar. Tapi kalau dia tak tutup suis mungkin letupan besar akan berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Ajak akur dengan keputusan juri apabila Rare diumumkan sebagai pemenang tempat kelima MLM 2019.
“Barada di tahap ini sudah cukup baik. Nak lepas berbelas peserta bukannya mudah. Saya berterima kasih kepada Pak Ya dan Ropie kerana kerja keras mereka sehingga ke tahap ini,” katanya.
Kumpulan Rara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro.
MLM 2019 menyaksikan kumpulan Puteh dinobatkan sebagai juara dan menerima wang tunai RM500,000 beserta trofi.
Sementara itu, wang kemenangan berjumlah RM250,000 menjadi milik kumpulan trio adik beradik Zero diikuti Bocey di tempat ketiga dengan hadiah RM150,000 dan tempat keempat diisi oleh kumpulan Jborn yang membawa pulang RM50,000.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar