Maharaja Lawak Mega 2021

MLM2021:  Siapa 'Sang Bara?'...Lepas Buat Tapisan Suara, Ada Yang Kata Sharnaaz Ahmad, Tapi Ramai Juga Teka Fizz Fairuz!

Fiza Kamarudin
15/12/2021
12:20 MYT
Sponsor Banner
MLM2021:  Siapa 'Sang Bara?'...Lepas Buat Tapisan Suara, Ada Yang Kata Sharnaaz Ahmad, Tapi Ramai Juga Teka Fizz Fairuz!
Debaran kian terasa, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 bakal melabuhkan tirainya Jumaat ini dengan persembahan lima kumpulan iaitu Tobat, Puteh, Bahye, Tiro dan Boro di pentas akhir!
Ramai yang dah tak sabar menanti siapakah yang bakal bergelar juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 dalam edisi kali ini.
Tapi, macam yang korang semua tahu, MLM2021 ini special sikit apabila menampilkan ikon naga MLM yang diperkenalkan sebagai ‘Sang Bara’ untuk duduk di kerusi juri.
Juri istimewa itu bagaimanapun tidak didedahkan identitinya sehinggalah minggu ke-10 nanti.
Sejak awal lagi, ramai penonton berteka-teki mengenai individu bermulu lancang di sebalik topeng ‘Sang Bara’ itu.
Antara nama-nama yang dikaitkan dengan ‘Sang Bara’ ialah Datuk Ramli MS, Datuk Afdlin Shauki, Douglas Lim, Sharnaaz Ahmad dan yang terbaru, Datuk Fizz Fairuz.
Menurut netizen selepas pemerhatian selama 9 minggu, lenggok bahasa dan gaya percakapan ‘Sang Bara’ menjurus kepada Sharnaaz dan Fizz Fairuz.
Malah ada netizen yang gigih melakukan tapisan suara semata-mata untuk mengetahui identiti naga keramat tersebut.
@qama_mann♬ original sound - Qama Mann
Baru-baru ini Gempak sempat bertanyakan tentang perkara tersebut kepada Fizz dan Sharnaaz, namun kedua-dua mereka tidak memberikan jawapan yang pasti.
“Apa tu? ‘Sang Bara’? Tak tahu…Tunggu je lah final MLM nanti,” jawapan yang diberikan Sharnaaz ketika sesi sidang media I promise…Janji Anaqi baru-baru ini.
Malah, Fizz juga memberikan jawapan hampir serupa ketika sidang media Festival Filem Malaysia (FFM) ke 31 yang lalu.
Siapapun ‘Sang Bara’, sama-sama kita nantikan MLM 2021 Akhir, Jumaat ini, pukul 9 malam di Astro Warna.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar